BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, September 30, 2009

Taubat seorang hamba.....

pertama kali aku dengar lagu ini...aku mula menghayati bait2 kata dari lirik ini cukup menyedarkan aku bahawa aku hanyalah insan kerdil yang selalu melakukan dosa......dan lagu ini juga sedikit sebanyak membantu aku dalam mengenali sifat aku sebagai hamba yang serba kekurangan ini........hayati la lagu ini...dengarkanlah lirik nya yang syahdu nan indah........

apabila binatang melatah.....hehe

apabila binatang melatah...........tengok la sendiri.....hehe



Tuesday, September 29, 2009

bila kucing berbicara

juz utk release kan tension jer...aku masukkan video ni...harap2 korang faham...



INDAHNYA ISLAM....




Allahuakbar.....alangkah indahnya pemandangan ini...sujud bersama menghadap Illahi....aku bangga dengan kalian semua.......cantik barisan jemaah yang bgun dan duduk sujud kepada Maha Pencipta.....Ya Allah....Kau terimalah amalan anak-anak ini...semoga mereka berjaya di dunia dan jua di akhirat......amin...

life 1............semoga berjaya...

sok adalah hari terakhir pk 1..En.Mus kat sevens......aku ucapkan semoga berjaya di sekolah yang baru nanti...walaupu. dia ni garang n tegas tp kadang-kadang sevens perlu kan ckgu yang cmni...supaya dapat mengawal disiplin pelajar...kak lela pun dah pindah so tinggal aku bertiga di Unit Bimbingan dan Kaunseling (UBK)......n mungkin lepas ni makin ramai rakan -rakan aku akan pindah.......aku ucapkan semoga berjaya wlaupun dimana korang berada.......

2 efektif

hari ini aku masuk kelas ini...kelas yang paling aku suke sebab pelajar nya cukup nakal dan degil....namun aku tau...jauh di sudut hati anak-anak ini tersimpan satu perasaan untuk berjaya.....aku tau mereka mampu mengapai kejayaan yang mungkin tidak terjangkau oleh pemikiran mereka-mereka yang menganggap pelajar ini "bermasalah".......bagi aku,semua manusia sama sahaja......akan membuat kesalahan yang perlu dihukum....dan kesilapan yang perlu diperbetulkan..

mungkin aku sebagai guru mereka perlu cara yang sesuai untuk membantu mereka untuk berjaya.namun kekuatan aku tidak beru[aya untuk membentuk pelajar 2 dinamik untuk mengapai impian indah ini...aku perlukan bantuan dan pertolongan.......baii dari rakan guru,ibubapa dan jua dari pelajar itu sendiri....aku tau kelas itu ada abu,saiful,hazim dan pelajar lain yang mungkin nakal.....tapi aku yakin jika diberi ruang,mereka akan dapat berubah....abu pernah berubah...walaupun untuk seketika...sudah cukup membuatkan aku merasa gembira.....

aku akan berusaha membantu mereka...sedaya upaya aku....kerana aku tau nilai kejayaan bagi para pelajar aku dan aku tau Allah sentiasa bersama aku..membantu ku disaat aku buntukan pertolongaNya.....aku yakin dengan para pelajar aku....kerana mereka adalah pelajar yang terhebat yang pernah aku jumpa di dunia ini.........

Monday, September 28, 2009

luahan hati.....

hari ni 1st day aku buat karangan kat blog nie......akhirnya aku ade jgk la blog yg x seberape nie.....dpt la aku luahkan or kongckan ssatu dengan rakan2 kat luar sane......
so hari ni aku cm biase la....kna msuk kije....dah nak mghrb nanti bru hbs n smpai umah........mgajar la kije aku tiap2 hari...mgjar anak2 yang dahagakan ilmu serta impikan kejayaan bg kesenangan mereka......

sudah hampir 2 tahun aku mngjar d shah alam......pelabagai ragam yg dapat aku lihat...baik ragam anak2 pelajar, rakan2 guru serta ibu bapa.......ade yg suka dan tak kurang juga dengan cerita duka
sepjng aku brda di sini..........

aku bersyukur kerna mnjadi guru kaunseling d sek aku......dgn ini aku dpt mantapkan diri yang yg kdng kala cpat panas baran ni...Alhmdulilah,sikap buruk ini semakin dapat aku atasi..........aku juga bertuah kerana aku ada rakan2 sekeja yg baik wlaupun kdng kala terdapat slh fahm antara kami.........

aku jua bertuah kerana aku ada pelajar2 yang baik dengan aku.........x kire la dr klas KRK hinggalah harmoni.......mereka ckup membuatkan aku bersemangat utk ke sekolah stiap hari.....tanpa pelajar2 ini...agar sukar utk aku terus berjuang......

mereka mungkin ada membuat kesalahan....namun bagi ku...mereka juga manusia biasa...yg sedang belajar ttg erti kehidupan....cuma ada ketikanya merek memerlukan bimbingan dan tunjuk ajar agar tidak terpesong ke lorong2 "hitam".........

pepun aku gembira di sini....kerna di sinilah bermulanya hidup ku sebagai guru.......sebagai pendidik yang akan menruskan perjuangan.....menghasilkan kejayaan buat bakal2 pemimpin pasa masa akan datang.........

...hidupku....

Hari ini…..

Perjalanan hidupku seperti biasa….

Bangun awal pagi dan mandi………

Menyejukkan diri untuk solat subuh…………

Berdoa agar diri tidak angkuh………

Tuk meneruskan kehidupan ini………..

Hari ini……

Perjalanan hidupku seperti biasa……….

Melihat mentari menyinari embunan pagi……..

Membuktikan kehebatan ciptaan Illahi…….

Hari ini….

Perjalanan hidupku seperti biasa……..

Menghayati alunan air sungai yang indah……….

Mengalir laju membasahi bumi ciptaan Allah…..

Memberikan kedinginan kepada makhluknya………

Hari ini……..

Perjalanan hidupku seperti biasa…………

Melihat kehijauan dedaunan……

Yang indah nan segar…………..

Memberikan keindahan yang tiada bandingannya…..

Bagi makhluk yang tau menilai kecantikannya…….

Hari ini…..

Perjalanan hidupku seperti biasa…….

Mengghitung detik dan ketika……..

Dimana noktah untuk diberhentikan usia…….

Dikala aku mula mengira masa……

Untuk bertemu Allah Yang Esa………

Untuk bertemu Muhammad,Rasul tercinta…….

Dan yang pasti…….

Ku inginkan berada bersama alim ulama….

Sesungguhnya di syurga……buat selamanya……

...7...

Smk Seksyen 7…….

Banyak kenangan di sana……

Ada gelak dan adanya ketawa……..

Pelajar riang dan ada yang suka ‘menggila’…….

Membuat guru disiplin pening kepala….

Smk Sekyen 7……
terlalu banyak cerita di sana……..

Ada baik…buruk pun tidak kurangnya……….

Namun apa jua hakikatnya……

Tetap di kenang jua…..

Sebagai memori yang terindah buat di tatapi bersama……

Smk Seksyen 7……..

Ada pelbagai ragam di sana……….

Ada yang baik bak alim ulama……

Tak ketinggalan yang nakal yang mengusik jiwa…….

Namun ini semua asam garam dunia……

Yang mengajar kita erti hidup bersama………

Smk Seksyen 7……

Ada abu si ketua mafia……….

Black pula si pengikut setia………

Aqil sang putera jiwang karat yang merana….

Azeem pula…hmm…..budak baik yang kadang-kadang gila……..

Namun mereka ini menceriakan suasana……

Maafkan cikgu andai semua terasa…..

Ini Cuma sekadar seloka…(hehehehe)

Smk Seksyen 7……..

Punya kisah kita bersama….

Yang tak dapat dikongsi seluruh dunia…..

Kerna ‘sevens’ adalah kite semua……….

kehidupanku

Aku…..

Hanyalah hamba sepertimu

Yang bergelar manusia……khalifah di atas muka bumi ini……….


Namun……

Zaman silam ku penuh dengan kegagalan….

Benci dan dendam adalah penunjuk kehidupanku……..

Besi dan kayu penentu arah matlamatku……..


Aku tenggelam dengan keseronokan dunia……..

hanyut di lembah yang hina lagi berbisa……

di kala kehidupanku tiada noktahnya…..

melainkan kezaliman ke atas diriku sendiri………


Aku beribu namun tidak berbapa……..

kerna aku tidak menduga pemergiannya…….

Ku sedih…ku pasrah……ku rindu…

Namun aku redha pemergiannya……….

Kerna ku mula sedar akan hikmahnya……….


Aku mula belajar erti kehidupan……

Mencari nur insani buat tatapan minda……..

Mengejar awanan Illahi buat pemantap jiwa……

Dan aku hanya menanti masa…

Untuk menggantikan kejahilan yang tiada hiba…….


Namun ianya tidak semudah yang di sangka……

Cabaran datang tidak mengira masa…..

Membuat aku hanyut mengudang durjana…..

Dan akhirnya aku terlena jua….

Dibuai arus kerosakan minda dan akhlak celaka…….


Namun kegagalan SPM ku mula membuka akal manusia ku……

Tatkala melihat ibuku menangis hiba…

Meratapi diriku si anak derhaka…….

Yang hidupnya ibarat patung bernyawa…..


Diriku di caci dihina…….

Dimaki di kutuk secukup rasa….

Kerana diriku tidak berguna…….

Menyusahkan diri dan jua keluarga………

Ku cuba bangkit meraba kegelapan…..

Sakit pahit ku tatap dengan sepenuh jiwa……

Menjadi pemangkin kejayaan di dunia…….

Agar dapat menjadi pengubat hati ibu ku yang telah terluka….

Aku hanyalah insan biasa……

Yang diberikan rezeki oleh Tuhan Yang Esa……

Lalu ku dapatkan kejayaan berganda….

STPM…..mmg gempak jadinya…..

Ibuku mula menguntum tawa……..

Ke universiti jua aku akhirnya…….

Mengapai “degree” …guru jadinya……

Kini….

Aku berbangga….

Aku adalah manusia yg merasai segalanya…..

Dari kosong hingga adanya persona………

Dan aku mula merasa…..

Nikmat berusaha dan tidak berputus asa……

Menjadikan hidupku amat bermakna…..

Kerana aku dulunya buta segalanya……….

Dan kini aku celik tanpa ingin memejamkan mata……..