Aku…..
Hanyalah hamba sepertimu
Yang bergelar manusia……khalifah di atas muka bumi ini……….
Namun……
Zaman silam ku penuh dengan kegagalan….
Benci dan dendam adalah penunjuk kehidupanku……..
Besi dan kayu penentu arah matlamatku……..
Aku tenggelam dengan keseronokan dunia……..
hanyut di lembah yang hina lagi berbisa……
di kala kehidupanku tiada noktahnya…..
melainkan kezaliman ke atas diriku sendiri………
Aku beribu namun tidak berbapa……..
kerna aku tidak menduga pemergiannya…….
Ku sedih…ku pasrah……ku rindu…
Namun aku redha pemergiannya……….
Kerna ku mula sedar akan hikmahnya……….
Aku mula belajar erti kehidupan……
Mencari nur insani buat tatapan minda……..
Mengejar awanan Illahi buat pemantap jiwa……
Dan aku hanya menanti masa…
Untuk menggantikan kejahilan yang tiada hiba…….
Namun ianya tidak semudah yang di sangka……
Cabaran datang tidak mengira masa…..
Membuat aku hanyut mengudang durjana…..
Dan akhirnya aku terlena jua….
Dibuai arus kerosakan minda dan akhlak celaka…….
Namun kegagalan SPM ku mula membuka akal manusia ku……
Tatkala melihat ibuku menangis hiba…
Meratapi diriku si anak derhaka…….
Yang hidupnya ibarat patung bernyawa…..
Diriku di caci dihina…….
Dimaki di kutuk secukup rasa….
Kerana diriku tidak berguna…….
Menyusahkan diri dan jua keluarga………
Ku
Sakit pahit ku tatap dengan sepenuh jiwa……
Menjadi pemangkin kejayaan di dunia…….
Agar dapat menjadi pengubat hati ibu ku yang telah terluka….
Aku hanyalah insan biasa……
Yang diberikan rezeki oleh Tuhan Yang Esa……
Lalu ku dapatkan kejayaan berganda….
STPM…..mmg gempak jadinya…..
Ibuku mula menguntum tawa……..
Ke universiti jua aku akhirnya…….
Mengapai “degree” …guru jadinya……
Kini….
Aku berbangga….
Aku adalah manusia yg merasai segalanya…..
Dari kosong hingga adanya persona………
Dan aku mula merasa…..
Nikmat berusaha dan tidak berputus asa……
Menjadikan hidupku amat bermakna…..
Kerana aku dulunya buta segalanya……….
Dan kini aku celik tanpa ingin memejamkan mata……..
.jpg)



0 comments:
Post a Comment